Tentang
Daripada Aisyah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.”
(HR. Bukhari, no. 6465) Status: Hadis Sahih
Hafiz Tanjong.com adalah laman yang fokus untuk bagaimana kita bertindak kecil-kecilan yang menghasilkan progres yang berterusan.Pelbagai pilihan hidup datang dalam hidup kita setiap hari,dan ia kadang mengelirukan.Tak tahu nak mula dari mana.Samar-samar.Ditambah pula takut tak berjaya.Takut gagal.
Laman ini berkongsi tentang langkah yang sederhana untuk kita mula bertindak secara tenang dan berani agar mudah kita menghasilkan pencapaian hidup yang luarbiasa dan berjaya.Mengikut versi kita sendiri.
Nama saya Muhammad Hafiz. Saya tinggal di Tanjong Karang,Selangor bersama isteri dan anak.Saya mengusahakan rezeki secara ‘offline’ dan juga ‘online’.Saya bukan coach,bukan sifu dan juga bukan pakar motivasi.Apa yang dikongsi di laman blog ini adalah catatan yang saya baca dan kaji sendiri di pelbagai sumber rujukan dan menguji sendiri pada diri saya.
Saya menjalani kehidupan yang agak ringkas.
Pagi-Tengahari : Solat,Quran,Belajar,Riadah,
Sarapan,Tulis,Kerja
Tengahari-Petang : Solat,Rehat,Kerja,Solat, Tulis
Petang-Malam : Kerja,Makan,Solat,Belajar
Sebelum ini,saya ada masalah yang sukar saya atasi:
- Saya cepat cemas bila ada banyak tugasan dalam satu masa.
- Rasa selalu bertangguh kerja.
- Mudah nak salahkan orang lain bila apa yang saya harapkan tidak jadi.
- Susah nak tumpu fikiran.Banyak benda fikir secara tak teratur.
Sehinggalah saya bertanya pada diri,adakah saya boleh ubah keadaan saya itu? Bagaimana caranya..?
Ada satu buku yang senior saya perkenalkan ketika di universiti dulu.Tajuknya “7 Habit of Highly Effective People” oleh Dr Steven R.Covey.
Isi buku itu betul-betul membugar(ayat anak muda tengah darah panas) minda saya ketika itu.Saya baca setiap halaman macam orang kelaparan yang gelojoh.
Akhirnya saya temui jawapan yang saya cari.Iaitu…
“Fokus kepada perkara kecil yang kita boleh kawal tetapi penting”
Sejak itu saya latih minda saya untuk bertindak dengan betul berdasarkan ilmu yang saya fahami.
Hasilnya…..saya belum lagi jutawan…haha.
Buat masa ini saya sangat bersyukur(alhamdulillah) kerana saya dah dapat capai beberapa perkara:
- Mendirikan syarikat saya sendiri dengan jualan tahunan sebanyak 7 angka.
- Bina website sendiri.
- Kayuh basikal lipat sejauh 55km seorang diri.
- Kerap luang bersama anak dan isteri.
- Membaca pelbagai buku yang menarik seperti kewangan,perniagaan,motivasi dan kekeluargaan.
Saya sedang sasarkan beberapa target buat diri sendiri.
- Berjalan kaki seminggu minimum 10,000 langkah
- Makan nasi saiz suku pinggan
- Menulis di blog hafiztanjong.com sekurangnya 2 artikel seminggu.
Yang penting boleh konsisten dan dapat capai hasilnya sedikit demi sedikit.
Semua ini atas rezeki dari Allah semata-mata.
p/s: Untuk sebarang kerjasama boleh berhubung di admin@hafiztanjong.com