Panduan-Review-Real Case

Pengasas Tiktok Dan Pengasas Alibaba Bukan Paling Kaya

hafiztanjong.com

1.Orang paling kaya di China sekarang (2025) adalah Zhong Shanshan.

2.Nilai anggaran kekayaanya adalah sekitar 75billion-80 billion USD.

3.Pengasas tiktok,Zhang Yiming memiliki kekayaan antara 65billion USD-70billion USD.Manakala pengasas alibaba iaitu Jack Maa memiliki nilai 25bilion USD-30billion USD.

4.Zhong Shanshan sering dikenali sebagai “the lone wolf’.Diam tapi berisi.Tak suka publisiti dan jarang muncul di khalayak ramai.

5.Perniagaan apa yang beliau jalankan?

6.Beliau mulakan perniagaan jual air minuman botol dan minuman kesihatan atas jenama “Nongfu Spring” pada tahun 1996.Hingga kini,perniagaan air minuman ini melonjakkan perniagaannya ke tahap terkaya.

7.Sebelum itu,beliau juga ada melabur lebih awal di syarikat Wantai Biological Pharmacy sekitar tahun 1991.Asalnya melabur sahaja.Kemudian beliau miliki sepenuhnya pada awal 2000.

8.Syarikat ini memfokus pada bidang farmaseutikal dan diagnostik moden.Termasuk juga menghasilkan vaksin seperti vaksin hepatitis E rekombinan pertama di dunia (Hecolin®) dan vaksin COVID-19 semburan hidung (Pneucolin®), serta vaksin HPV bivalen dan nonavalen (sembilan jenis) yang pertama di pasaran China (Cecolin®).

9.Tumpuan awal beliau banyak kepada Nongfu Spring hingga akhirnya dari hasil keuntungan syarikat air itu dikembangkan kepada syarikat farmaseutikalnya.

10.Adakah beliau bermula dengan mudah? Tidak.

11.Beliau pernah bekerja sebagai buruh binaan,tukang kayu dan juga pekerja kilang.

12.Seterusnya beliau mengumpul pengalaman lagi dalam penerbitan dan pengedaran bahan bacaan.Dengan pengalaman itu membantu beliau untuk memahami pemasaran,kualiti dan pengedaran dan pengurusan tunai.

13.Dari pengalaman semua itu membantu beliau untuk membawa Nongfu Spring dan Wantai Farmaseutical ke senarai awam.Kena pada permintaan dan masa,saham kedua-duanya melonjak naik menjadikan beliau orang paling kaya di China.