Perasaan malas memang selalu akan datang pada hidup.Macam mana kita boleh rasa malas?
Jika kita perhatikan dengan teliti,rasa malas datang ketika 2 keadaan utama.
Keadaan pertama ketika tubuh fizikal kita rasa letih.Tubuh tidak cukup rehat.Bekerja berterusan pada tempoh yang agak lama akan membawa kepada merosotnya tenaga pada tubuh kita.Tubuh rasa tak segar dan tak ‘best’.Kita tak boleh nak rasa selesa untuk lakukan kerja seterusnya.Rasa malas pun datang.
Keadaan kedua,ketika emosi kita tak okay.Keadaan yang ini lebih besar kesannya pada sikap kita.Lebih besar dari keadaan yang pertama tadi.Kerana emosi menjadi faktor semangat kepada tindakan kita.Jika emosi kita sangat ‘best’,kita boleh berikan sepenuh tumpuan kita pada kerja kita walaupun kerja kita itu awalnya kelihatan berat.
Namun,sebaliknya berlaku jika emosi kita rasa tak ‘best’.Kerja yang mudah pun kita rasa berat nak lakukan.Rasa malas lebih mudah datang.Malah lebih kerap datang jika kita biar emosi tak ‘best’ mengawal diri kita.
Oleh yang demikian,kita mesti latih diri kita untuk memperbaiki keadaan kita yang kedua tadi dan dalam masa sama merancang dengan baik untuk keadaan kita yang pertama tadi.Dengan itu perasaan malas kita akan semakin berkurang.Emosi dan tubuh fizikal kita dapat digunakan dengan efektif untuk tujuan yang sangat produktif.
Untuk memperbaiki 2 keadaan tadi,10 perkara di bawah amat dicadang untuk anda mula lakukan.Ia dapat sekaligus memperbaiki 2 keadaan tadi serentak.
1.Tentukan Sasaran Arah Hidup Anda.
Kita mesti ada arah dalam hidup.Jangan sesekali biarkan hidup kita berjalan ‘random’ tanpa arah.Walaupun hidup ini ada kala banyak perkara di luar kawalan anda,tetap anda perlu ada arah tuju.Kerana anda boleh ‘reset’ semula hidup anda pada arah tuju itu bilamana anda rasa hidup seakan kucar kacir.Kerana arah tuju hidup memberikan kita sedikit kepastian untuk capai sesuatu dalam hidup.
Tanpa kepastian dalam hidup,emosi anda akan menjadi runsing.Hidup akan terasa kosong dan perit.Keadaan emosi akan jadi tak ‘best’.Ini yang menjadikan kita rasa tak bersemangat untuk bekerja.Rasa malas.
Disamping memberi kepastian hidup,arah hidup akan membantu anda menyusun langkah kerja dengan lebih teliti dan teratur.Dari sini akan terbentuk rutin hidup yang selari dengan arah hidup kita itu.Lama kelamaan,anda mampu sampai ke arah sasaran hidup anda itu.
Oleh itu,memiliki arah tuju hidup adalah 10x lebih baik dari tiada.
2.Bina Rutin Hidup Selari Dengan Matlamat.
Selalunya bila kita bangun dari tidur,kita akan mula rasa malas atau rasa tak tahu nak buat apa.Kita tahu ada benda nak buat pada hari itu.Tapi perasaan bercampur antara bosan dan tak tau nak mula dari mana.Tugasan kerja harian kita banyak tapi rasa macam tak berapa nak buat.
Tapi kan,kenapa kita tetap juga bangun dari tidur dan bingkas bersiap untuk pergi kerja walaupun rasa malas dan penat? Sudah tentu jawapannya mudah.Sebab kita perlu dapatkan wang dari pekerjaan kita itu dihujung setiap bulan.Jika tak kerja, kita tidak ada gaji.Bila tak ada wang,banyak perkara dalam hidup kita tak selesai.Banyak masalah akan timbul.Perasaan kusut dan emosi tegang.Maka kita nak elak masalah timbul.Sebab itu kita paksakan juga diri datang kerja walaupun kadang sebenarnya kita tak rasa ‘best’ nak pergi kerja!
Itulah dia yang dipanggil rutin.Rutin adalah perkara yang perlu kita buat berulang kali setiap hari untuk capai matlamat taak kira apa pun ‘mood’ kita.Ini kerana rutin kita akan membawa kita menuju kepada matlamat kita.Samaada matlamat itu nak elak benda yang kita tak suka(tiada wang) atau benda yang kita suka(memiliki lebih banyak lagi wang).
Untuk atasi malas dan jadikan kita berpeluang tinggi mencapai matlamat yang besar,kita perlu jelas matlamat kita.Matlamat mestilah cukup besar dan bermakna buat kita.Hingga kita cukup rasa risau jika tidak mencapai matlamat itu.Barulah kita susun rutin yang selari dengan matlamat kita tadi.Seterusnya anda perlu sedaya upaya ikut rutin itu setiap hari.Inshaallah,anda akan sampai akhirnya ke destinasi matlamat itu.
Menetapkan rutin harian bukan sahaja untuk matlamat mencari wang.Anda juga boleh lakukan perkara yang sama untuk apa sahaja yang anda mahu capai.Kesihatan,kecergasan,kepimpinan,keluarga,pelajaran,hubungan dengan Tuhan,dan hubungan sesama manusia.Semua aspek ini anda boleh gunakan kaedah menentukan rutin harian yang membantu mencapainya.
3.Setiap Tugasan Ada Prioriti.Tentukan Prioriti Anda.
Banyak perkara kita perlu lakukan dalam hidup.Anda mungkin seorang anak.Dalam masa yang sama anda juga seorang suami atau isteri.Dalam masa yang sama anda seorang ayah atau ibu.Anda juga seorang pekerja bergaji atau juga anda seorang majikan. Juga anda seorang hamba kepada Allah swt.Dan juga anda seorang khalifah(mengurus) di dunia ini.Fuhh.Sebut sahaja sudah rasa banyak.Apatah lagi jika memang perlu dipikul serentak.
Setiap kita melalui masa 24 jam sehari.Tak lebih dan tak kurang.Semua orang sama.Dengan segala peranan yang kita sebut di atas tadi,rasa macam tak cukup masa.Kalau boleh masa itu kita jadikan 48 jam sehari mungkin baru cukup.Itu pun belum pasti.Jika kita tidak benar-benar fokus pada utama dari yang utama.
Semua perkara yang kita nak lakukan adalah penting.Tapi dari semua yang penting itu,anda perlu tentukan 20% yang paling penting dari 100% senarai kita tadi.Kerana menurut kajian pareto, jika kita selesaikan 20% paling terpenting,kita mampu hasilkan 80% hasil yang ingin dicapai.
Anda mungkin biasa lalui begini.Setiap kali anda senaraikan segala senarai kerja anda bermula dari no.1 hingga no.10,selalunya anda akan berakhir dengan tidak semua senarai itu anda lakukan sehingga habis.Ia seakan anda tidak capai apa-apa.Tidak selesai apa-apa.Ini yang buat anda hilang minat nak tamatkan tugasan sebaiknya.Bahasa mudahnya rasa malas.
Maka cara yang lebih baik dari senarai tadi,cukup anda fokus 20% kerja terpenting.Kemudian fokus selesaikan ia sehebat mungkin.Berikan tumpuan 100% hingga selesai.Ia lebih mudah dicapai dan keyakinan diri anda akan meningkat!
Begitulah esoknya anda lakukan untuk baki senarai yang hari ini.Pilih 20% paling penting.Ulang-ulang langkah ini untuk hari seterusnya.Akhirnya semua senarai tadi anda telah laksanakan dengan sangat hebat dan berkualiti! Anda semakin mudah untuk laksanakan segala perkara yang anda telah rancang.Tak mudah lemah semangat dan putus asa.Kesan dari anda hanya fokus pada 2 perkara paling penting setiap hari.
4.Sekat Pengganggu Fokus Anda.
Cabaran masa kini adalah teknologi media digital.Ada berjuta-juta video,berjuta-juta gambar,beratus ribu posting pelbagai topik di kongsi setiap hari.Ada lucu,ada yang cemas,ada yang pelik,ada yang menarik,ada yang wow,ada yang menaikkan emosi marah.Semua ini berikan anda cetusan hormon dopamin di otak anda.Sejenis hormon yang memberikan anda kepuasan segera untuk jangka masa pendek.Kita rasa ia dapat hilangkan rasa sunyi dan ‘mood’ yang tak sedap.
Masalahnya ia boleh jadi ketagih.Kita jadi terbiasa untuk sentiasa dapatkan rasa kepuasan yang segera.Oleh kerana kepuasan dari dopamin ini sekejap saja,maka kita cenderung untuk ulang-ulang lakukannya agar kita dapat panjangkan rasa puas dan ‘best’ yang sekejap tadi.
Dari video kucing lucu,hinggalah kepada berita gosip kita rasa seronok untuk ambil tahu.Setiap kali mood kita ‘down’ haritu,maka secara spontan kita akan cuba gantikan mood tak ‘best’ itu dengan konten di media digital tadi.Daya tahan mental kita semakin melemah.
Sedangkan untuk mencapai matlamat hidup yang hebat,kita perlu fokus yang tinggi secara berterusan.Untuk fokus perlu latih mental kita ada daya tahan yang lama.Kalau tak tahan untuk fokus pada kerja penting,maka kita akan cepat mengalah dan putus asa.Kita jadi cepat malas nak lakukan kerja yang berkualiti.
Berlatih untuk fokus yang tinggi.Kawal dan mula kurangkan masa kita hadap media digital.Terutama hal yang tidak bantu kita untuk capai matlamat kita.Tanya diri,”Jika aku layan video masakan jalanan ini,adakah ia bantu aku capai matlamat aku?(kecuali anda nak jadi chef masakan)
Ketika anda sedang mula lakukan kerja yang mendekatkan anda pada matlamat anda,maka waktu itu anda perlu tetapkan undang-undang pada diri anda.’No dopamine trigger!’.Tidak ada hiburan merapu untuk aku! Ketika ini aku perlu fokus!
5.Ringkas Kerja yang Besar Jadi Tugas Kecil.
Rasa terbeban dengan kerja yang datang secara lambak memang buat kita rasa tertekan.Rasa terbeban dan rasa sukar nak selesaikan semuanya.Lagi bertambah teruk jika kerja itu kita tidak biasa buat.Perlu masa yang banyak untuk dikaji cara untuk disiapkan.Rasa makin payah dan tak tahu bila boleh selesai.Yang terlintas di fikiran masa tu rasa mustahil boleh siap dengan sempurna.
Tekanan asalnya bagus.Sedikit tekanan boleh jadi sebab untuk kita paksa diri buat kerja dengan cepat dan fokus yang tinggi.Tapi jika kalau terlalu tertekan,akan buat kita jadi sebaliknya. Rasa kerja-kerja yang perlu kita buat itu teramat berat dan payah.Hingga kita takut nak bertindak.Lama kelamaan ia menjadi sikap pada diri.Kita akan beri alasan pada diri.’Malas lah nak buat..”,sentiasa terlintas di minda kita.
Untuk atasi rasa beban emosi melampau hingga ia mencetuskan rasa malas nak bertindak adalah dengan pecahkan senarai tugas tadi kepada senarai yang lebih kecil.Kemudian mulakan bertindak pada kerja yang termudah dan yang paling cepat kita boleh selesaikan.Cara ini akan meningkatkan rasa seronok dan yakin.Barulah kita berganjak ke tugasan yang lebih mencabar seterusnya hinggalah semuanya selesai.
6.Fokus Akan Jadi Seronok Dengan Blok Masa.
Ketika anda di sekolah dulu, anda perlu ikut jadual waktu kelas.8 pagi hingga 9 pagi kelas matematik dengan cikgu Ali,9 pagi hingga 10 pagi kelas sejarah dengan cikgu Kamariah.jam 10 pagi hingga 11 pagi kelas bahasa inggeris dengan ‘teacher’ Huda.Begitulah seterusnya hingga tamat sesi sekolah.Setiap mata pelajaran perlu di tentukan blok masa.Tumpu 1 jam untuk satu mata pelajaran.
Dari peringkat sekolah rendah hingga ke universiti,anda perlu tumpu 1 subjek dalam 1 jam.Tidak pernah kita jumpa 1 kelas ada 2 subjek berbeza di ajar sekaligus dalam 1 jam yang sama.Sambil anda belajar matematik,sambil tu juga ada seorang cikgu ajar sejarah.Jika berlaku macam tu,memang jawabnya kita tak faham kedua-dua subjek laa.Mana satu yang kita nak tumpu.Kalau dengar pun separuh-separuh je.Kita hilang fokus.Lama-lama jadi malas nak belajar.
Blok masa juga sangat membantu dalam aktiviti harian anda.Terutama bila anda rasa sangat terbeban dan tiada semangat nak lakukan kerja.Caranya cukup mudah.Senaraikan semua tugasan anda yang perlu dibuat dalam sehari.Tentukan tugas yang paling mudah dulu.Kemudian tetapkan anggaran masa untuk setiap kerja itu diselesaikan.Terus bertindak ikut masa yang dah ditetapkan.
Nak lagi seronok,jadikan ia seolah perlumbaan dengan masa.Seolah anda masuk pertandingan menyiapkan kerja sebelum masa tamat.’Ke garisan,sedia…mula!!”..Anda akan lebih seronok untk fokus siapkan hingga masa tamat.
Bila sudah selesai,rehat dalam 10-15 minit. Lakukan senam ringkas atau berjalan.Lepas itu sambung ke tugasan seterusnya ikut blok masa yang telah anda tetapkan. Dengan cara begini anda akan kurang rasa terganggu dengan perkara selain tugasan anda.Anda boleh respon kepada selain kerja anda setelah anda tamat tugasan anda ikut blok masa yang dah ditetapkan.
Cara begini lebih seronok dan santai tapi dapat kekalkan fokus anda yang tinggi.
7.Rasa Seronok Dengan Kemenangan Kecil.
Jangan terlalu keras pada diri sendiri.Raikan diri anda setelah anda berjaya siapkan tugasan anda walaupun ia kecil.Ada banyak kajian tentang tabiat kerja seseorang.Sesuatu tabiat akan mudah melekat pada diri dan jadi semulajadi pada diri anda setelah anda melakukan sesuatu kerja dengan berulang kali dan disokong dengan ganjaran yang positif.
Bila anda berikan ganjaran yang positif pada diri anda setiap kali anda fokus laksanakan kerja anda,anda sebenarnya sedang memasukkan “memori emosi” yang positif dalam minda anda dan tubuh anda.
‘Memori emosi’ ini akan aktif ketika anda perlu melakukan semula kerja yang lebih kurang sama dengan tugasan yang sebelum ini.Jadi apabila anda kerap mendapat ‘memori emosi’ yang positif setiap kali selesai sesuatu tugasan anda,maka anda akan lebih mudah untuk ulang proses yang sama di masa akan datang.Anda tidak rasa berat dan malas.Sebaliknya rasa riang dan teruja.Sebab minda dan tubuh anda sudah terbiasa dengan tugas itu.
Antara contoh ganjaran positif yang anda boleh berikan pada diri anda adalah makan makanan kegemaran anda,berikan ucapan tahniah pada diri,menonton video pengembaraan dunia,berjalan kaki melihat alam,minum kopi yang anda suka,minum jus buah.
8.Selalu Aktifkan Fizikal.
Badan kita bila kurang aktif,akan terjadi beberapa perkara.Pertama,pengaliran darah dan oksigen yang kurang baik ke otot,otak dan organ.Oksigen yang dibawa oleh darah penting bagi penghasilan tenaga dalam badan.Kurang oksigen,maka kuranglah tenaga anda.
Kedua,hormon gembira seperti endorfin dan dopamin juga akan turun.Anda akan rasa kurang motivasi dan hilang minat untuk lakukan sesuatu.Satu lagi hormon yang akan kurang adalah adrenalin yang berfungsi untuk menyediakan tubuh anda melakukan kerja yang mencabar.
Ketiga,metabolisma badan akan menurun.Badan lambat memproses makanan kepada tenaga.Kesannya tubuh cepat letih dan berat badan semakin naik.
Keempat,kecekapan mitokondria (bahagian sel yang hasilkan tenaga) akan berkurang ketika anda kurang aktif.Kesannya seluruh sel di tubuh anda kurang bertenaga.Ini akan membantutkan motivasi bekerja anda kerana rasa cepat letih dan lesu.
Kelima,kekuatan otot anda merosot.Bila otot merosot,ia tidak dapat memegang tulang dengan kuat.Ini mengganggu flesibiliti pergerakan anda.Sikit-sikit badan rasa lenguh.Ada kala kerap sakit sendi.Memang ganggu fokus nak lakukan tugasan.
Oleh demikian,sentiasa sediakan ruang masa untuk anda bersenam dan beriadah.Anda boleh mulakan dengan ‘brisk walk’ atau berjalan pantas 1km-3km sehari.Ia dapat berikan keadaan yang positif yang kita bincangkan di atas.Hasilnya,mood anda akan baik,fokus anda meningkat,kerja anda semakin efisen.
9.Rehat Berkualiti.
Badan kita perlukan masa rehat untuk proses pemulihan.Waktu tidur adalah tempoh badan dapat lakukan proses itu.
Tidur kita mestilah berkualiti.Bukan tidur-tidur ayam.Mata tutup tapi otak berjaga.Ligat otak berfikir bermacam-macam perkara.Lagi berat bila ia bermain dengan emosi.Rasa sedih,kecewa,marah,sakit hati,tak puas hati,dan berbagai lagi emosi yang memberatkan jiwa.
Rancang tidur yang berkualiti.kurangkan terdedah hal-hal yang memberatkan fikiran di waktu malam.Jika terlintas perkara yang perlu anda fikir secara berat,catat dalam buku nota anda dan selesaikannya esok hari.Sebaiknya 1 jam sebelum nak masuk tidur,lapangkan fikiran dari hal yang memberatkan fikiran dan emosi.
Maafkan segala kesalahan orang lain pada anda.Lepaskan emosi berat itu.Baru jiwa akan lapang dan tenteram.
Manakala tugasan kerja yang belum selesai,letakkan sasaran ikut blok masa.Selesaikan ia 1 jam sebelum anda tidur.Jika belum selesai juga,bangkit awal pagi nanti anda sambung kerja itu semula.
Tidur yang berkualiti akan membantu anda untuk dapat fikiran yang jernih dan fokus yang tinggi.Maka anda boleh lalui hari anda dengan baik.Anda mampu untuk selesaikan banyak tugasan harian anda dengan sangat baik.
10.Bina Kawalan Diri.
Ada hari kita bermotivasi tinggi.Ada hari kita merudum.Rasa malas yang amat sangat.Bukan anda seorang rasa naik turun emosi ini.Semua orang alaminya.
Berita baiknya,anda dan kita semua diberikan ‘celik memilih’.Kita boleh pilih untuk layan terus rasa malas atau kita pilih untuk terus ikut rutin produktif.Cuma biasanya bila kita tak amalkan kecelikan memilih,kita biarkan emosi kita yang kuasai kita.Sebaliknya jika celik minda dan hati,kita boleh mengawal emosi kita itu tadi.
Jangan biarkan emosi yang tidak produktif menguasai fikiran dan hati kita.Latih diri untuk sentiasa memilih untuk bertindak pada rutin yang produktif.Bila rasa malas datang,selalunya fikiran kita mudah dibisik oleh emosi malas itu,”aduhai,penat la nak buat kerja tu,nanti lah aku buat’.Sebaliknya gantikan bisikan itu ,”ini masa aku rehat,jam 9 pagi kejap lagi aku akan beraksi”.
Pastikan anda bertindak ikut masa yang anda dah set itu.Maka emosi malas itu dapat anda kawal.
Namun,janganlah anda salah faham.Jika memang badan anda dah sangat letih,rehatlah secukupnya.Tetapkan blok masa untuk anda rehat.Berehat yang ada blok masa bukanlah sejenis malas.
Malas adalah anda rehat tak tentu masa.Masa rehat anda tak rehat betul-betul.Bila perlu kerja anda nak berehat.Tiada blok masa yang betul.