Panduan-Review-Real Case

Kenapa Manusia Wujudkan Bank?

hafiztanjong.com

1.Bank mewujudkan wang kertas.

2.Mulanya wang kertas di ikat dengan nilai emas.

3.Lama-lama nilai wang kertas di pisah dari emas kerana emas tidak cukup untuk menampung kelajuan perkembangan ekonomi.

4.Bank mencipta wang untuk beri pinjam pada peniaga agar peniaga dapat bayar upah pekerja.

5.Bila pekerja dibayar upah,pengeluaran kilang,pertanian dan pengurusan dapat berjalan.

6.Jika bank berhenti mengeluarkan wang,upah terhenti,maka tiada siapa mahu kerja.Kilang dan ladang terhenti.Makanan tak dapat dikeluarkan,barang harian tak dapat diproses.

7.Jika bank ditutup serta merta dan kembali hanya kepada emas,maka tak ramai peniaga boleh wujud.Tiada peniaga bererti tiada pengeluaran dan hasil.Maka upah pun tiada.

8.Populasi dunia yang sudah besar akan alami kemerosotan.Sebab ramai tiada upah kerja.Peniaga tiada,bank pun tiada.

9.Semua akan duduk rumah.Bertani di keliling rumah dan menternak haiwan sendiri.Kembali seperti sebelum zaman moden.

10.Kenapa nak kena keluar rumah?Bukannya ada upah jika kerja di luar.Lebih baik tanam sendiri dan ternak sendiri.

11.Bila berhenti orang keluar rumah dan bekerja berdasarkan upah,akan kembali manusia kepada zaman sebelum moden.