6 Perkara Penting Tentang Penyakit Genetik Yang Tak Boleh Diabaikan.

Rekod genetik memang akan menyumbang kepada penyakit kita.Kalau mak dan ayah atau salah sorang dari mereka ada penyakit yang berpunca dari genetik,maka anda  juga mewarisi rekod genetik yang sama.Selalunya dipanggil orang kita ‘penyakit keturunan’

Misalnya jika mak anda ada sejarah kencing manis ‘type 1’(kereputan pada pankreas),anda  juga ada kemungkinan akan dapat penyakit yang sama. Jika mereka ada sejarah kegagalan jantung,anda  juga ada risiko yang sama.

Jadi adakah kita perlu pasrah sahaja? Sudah takdir kita kan.Tak perlu buat apa-apa.

Tidak….

Anda masih boleh lakukan sesuatu.

1.Fokus pada perkara boleh anda kawal.Kajian semasa banyak merumuskan bahawa perubahan gaya hidup dapat mempengaruhi lebih 60% terhadap kesihatan walaupun anda memiliki rekod genetik dari ibu ayah anda.Inilah ruang dan peluang yang Tuhan berikan pada anda.

2.Genetik boleh diubah cara ia ekspresi.Anda boleh mempengaruhi kesan terhadap cara genetik anda berfungsi melalui gaya hidup anda.Hal ini dibincang di dalam kajian epigenetik.Ini bermakna gaya hidup yang anda amal seperti pemakanan sihat dan senam yang kerap,dapat mengubah ekspresi gen yang cenderung kepada penyakit genetik tertentu sekaligus mencegah penyakit itu dari terjadi.

3.Pilih gaya hidup yang osem.Ibarat pistol.Genetik adalah peluru dalam pistol.Pemicunya adalah gaya hidup anda.Anda  sendiri yang perlu pilih gaya hidup yang sihat.Segelintir orang,bila dah tahu ada penyakit genetik,dia putus asa dan cenderung memilih gaya hidup yang tak sihat.Mereka rasa sudah kalah.Putus asa.Kenapa perlu pilih mengalah sedangkan anda boleh menang? Pilihlah gaya hidup sihat.Anda sudah masuk ke gerbang kemenangan.Gerbang hidup yang berkualiti.

4.Kekuatan anda berbeza.Pun begitu harus maklum,kesan gaya hidup berbeza setiap seorang walaupun melakukan rutin gaya hidup yang sama.Ini menandakan yang pengaruh genetik masih mainkan peranan.Cuma tahap pengaruh gen itu berbeza.Jadi anda tidak perlu samakan diri anda orang lain.

5.Kawal keadaan dengan sikap konsistensi.Untuk terus mencegah dari terkena penyakit yang disebabkan genetik,anda perlu berterusan lakukan gaya hidup sihat.Seeloknya buat yang ringkas dan mudah.Lebih mudah dicapai tidak terlalu berat.Misalnya ‘brisk walk’ 30 minit 3 kali seminggu dan makan makanan rendah kalori dan tinggi serat seperti sayuran.Faedahnya cukup berbaloi setelah dilakukan untuk tempoh yang lama.

6.Kualiti hidup lebih penting.Tiada jaminan 100% untuk kita boleh selamat dari penyakit genetik.Hal ini memerlukan kita sangka baik pada Tuhan.Dia lebih tahu hikmahnya kebijaksanaan.Dalam masa sama kita fokus untuk terus amal gaya hidup sihat.Walaupun tidak dapat jamin kadar hayat hidup ,yang pasti ia dapat meningkatkan kualiti hidup seharian kita..