Panduan-Review-Real Case

Kitaran Bisnes

hafiztanjong.com

1.Tiada siapa boleh jamin sesuatu perniagaan itu boleh kekal bertahan selamanya.

2.Ada yang buat kajian,secara purata sesuatu perniagaan paling kuat boleh bertahan maksimal 3 generasi sahaja.Hanya 1% mampu melepasi 3 generasi.

3.Banyak faktor.

4.Salah satu faktor,pendedahan dan mentaliti setiap generasi berbeza.

5.Generasi 1 selalunya bermula dari ‘scratch’.Dari tiada apa kepada bisnes kecil.Sumber mereka terhad.Jadi mereka guna dengan hemah dan efisen.Selang beberapa tahun naik menjadi lebih stabil.

6.Generasi 2 selalunya anak kepada generasi 1.Mereka tidak merasa fasa awal memacak asas.Sumber mereka lebih besar sedikit dari generasi 1 kerana sudah ada dana yang besar sedikit dari perniagaan tadi.

7.Oleh kerana tidak merasa dana terhad,maka keputusan ada kala teliti dan ada kala tidak.Menjadikan perniagaan ada kala goyah,namun kerana pernah dilatih oleh generasi 1 untuk menjaga perniagaan,maka peluang membesar masih ada.

8.Generasi 3 anak kepada generasi 2.Cucu kepada generasi 1.

9.Selalunya gen 3 tak dapat face to face dengan gen 1.Kerana jarak umur yang jauh.Dan jurang zaman yang banyak berubah.Ataupun berlaku kematian.

10.Jika ‘semangat’ dari gen 1 tak dipindah pada gen 3,maka selalunya gen 3 tidak mampu membawa syarikat pergi lebih jauh.

Paling ketara adalah cara menggunakan sumber syarikat,selalunya tidak sama dengan generasi 1 dan generasi 2.Lebih santai dan ‘lenient’.Keputusan dalam syarikat tidak betul-betul ‘sharp’.

11.Di akhirnya,samaada gen 3 akan menjual seluruh syarikat itu pada orang lain untuk diraih sahamnya secara individu atau ‘surrender’ terus menutup operasi serta merta untuk elak kerugian lebih teruk.

12.Maka,peluang untuk menjadi konglomerat akan terlepas .

13.Kebanyakan 10 orang terkaya di malaysia adalah konglomerat.Selalunya senarai ini menentukan persepsi pegangan kekayaan negara.