Kita mudah terdedah pada perasaan rasa sunyi.Rasa keseorangan dan rasa perasaan ‘kosong’.Rasa ada sesuatu yang tiada dalam diri kita.Kita lalui hari-hari dengan biasa dan produktif,tapi masih rasa ada yang tidak lengkap.
Perasaan sunyi akan lebih terasa ketika waktu malam.Ketika semua orang semua tidur dan kesibukan berkurang.Lagi bertambah rasa kosong.Rasa jiwa mati.
Apakah yang sedang berlaku pada diri kita ketika itu?
Jawapannya adalah kita kekurangan rasa jiwa yang mendalam…”deeper connection” dengan diri kita.
Perasaan untuk meluahkan perasaan diri kita yang paling dalam.Perasaan untuk didengari.Juga perasaan untuk merasai hidup kita baik-baik saja sebenarnya.Dan perasaan yang rasa kita ada harapan yang sangat cerah di masa depan.
Ia adalah di area emosi kita.Area yang abstrak.
Jika kita abaikan keperluan untuk berhubung dengan diri kita yang dalam,kita mudah terdedah dengan masalah lain seperti tekanan perasaan dan kemurungan yang kronik.Kesannya kualiti hidup kita merosot.Produktiviti kita jatuh.Kita hilang fokus.Banyak potensi kita akan terabai.Ini yang kita tidak mahukan.
Berikut 8 saranan yang anda boleh ambil untuk mengisi kesunyian jiwa anda yang paling dalam.
1.Anda baik-baik saja. Anda tidak berseorangan menghadapi rasa kesunyian ini.Ramai yang alaminya juga.Dari usia muda hingga yang dah berusia.Yang kaya pengalaman hidup pun boleh rasai kesunyian ini.Bukan nak menafikan masalah.Tetapi kita perlu rasa yang kita bukan berseorangan rasa perasaan sunyi.
2.Mula terima yang kita sunyi akan membantu kita tangani perasaan itu dengan lebih mudah.Perasaan sunyi tidak dapat dielak.Pasti sekali sekala akan kita laluinya dalam hidup.Kita perlu tahu dahulu keadaan perasaaan sunyi itu,barulah kita ambil langkah yang sepatutnya untuk menghadapinya.Dan paling penting kita ketahui adalah ia akan berakhir.Sedikit demi sedikit ia akan berakhir.
3.Tulis jurnal/diari harian anda tentang catatan aktiviti harian seharian.Gambarkan dengan jelas perasaan yang anda rasai.Curahkan dalam catatan jurnal/diari anda.Aktiviti menulis perasaan kita atas satu kertas memang berbaloi.Ia berkesan.Inshallah.Ia bukan sahaja bila kita sunyi.Apabila kita rasa dirundung pelbagai cabaran hidup,tulisnya atas kertas.Ia memberi ruang kepada diri anda untuk meluahkan segalanya apa yang anda rasa ketika ini.Percayalah.Ia berbaloi.
4. Mulakan semula pergaulan berkualiti. Kita manusia memang secara semulajadinya perlu bergaul dengan manusia lain.Dengan cara ini,kita dapat memenuhi rasa untuk didengar,rasa untuk berkongsi perasaan,dan rasa saling memberi harapan yang baik.Kita tidak dapat lakukan ini dengan berkesan tanpa manusia lain.
Sertai rakan yang boleh kita beriadah bersama.Main badminton,main bolesepak,hadiri majlis kenduri,berkelah,hadiri pameran,hadiri seminar-seminar ilmu,sertai marathon.
Introvert?
Mulakan dengan komuniti yang anda minat seperti grup berbasikal,grup buku,grup marathon,grup kembara,grup kamera,grup jana pendapatan sampingan.Semua ini boleh dijumpai di media sosial.
5.Mulakan dengan senaman ringkas. Muat turun aplikasi sukan seperti ‘strava’ yang boleh mencatat jarak anda berjalan, ke dalam telefon pintar anda.Mulakan berjalan untuk senam dengan jarak awal 1km dulu.Kemudian hari berikutnya cuba tingkatkan jaraknya.Anda akan lebih rasa puas melihat peningkatan tahap kecergasan anda.
Aktiviti berjalan ini memberi kita ruang untuk berhubung semula dengan diri kita yang dalam.Ini kerana ketika senam,darah-darah mengalir dengan baik ke seluruh badan dan organ kita.Oksigen sampai ke seluruh badan termasuk minda kita.Badan kita seolah di caj semula dengan tenaga baru.
6.Sebarkan kasih sayang melalui pelbagai cara.Kasih sayang sangat penting ibarat makan nasi.Jika tiada kasih sayang,jiwa rasa sengsara.Ada pepatah menyebut,”apa yang kita beri,itu kita akan dapat”..ibarat kita semai pokok.Untuk dapat pokok yang berbuah dengan baik,kita terlebih dahulu kena beri ‘kasih sayang’ pada pokok itu.
Siram ia dengan air secukupnya.Berikan ia baja ikut masanya.Lindunginya dari serangga perosak.Baru ia besar dengan baik dan berikan kita buah yang lazat,Bermaksud,kita perlu mula dulu beri ‘kasih sayang’ pada pokok baru kita dapat buah.Tak boleh sebaliknya kita harap pokok beri buah dulu baru kita nak siram.
Begitu juga dengan kasih sayang sesama manusia.Kita mulakan dulu dengan cara sebarkan kasih sayang.Kemana saja kita pergi sentiasa lontarkan senyuman.Apabila kita lihat orang berniaga di tepi jalan,berikanlah lebih wang dari nilai asal barang yang dibeli.Anggap kita suka mereka berniaga.Bila kita gembirakan orang lain,dengan sendiri jiwa kita akan dapat rasa bahagia.
7.Bercakaplah hati ke hati. Jika anda bujang,ambil peluang untuk berkongsi rasa dengan ibu ayah anda.Ini kerana ibu ayah lebih kenal diri kita.Dan mereka selalunya sedia mendengar luahan hati anak-anak.
Manakala jika anda sudah berkahwin,pasangan andalah rakan akrab paling dekat yang boleh anda luahkan segala perasaan yang anda rasa.Beritahu anda perlukan bahu dia untuk bersandar.Beritahu anda perlu dia disisi.Anda die memeluk anda.
Jika anda tiada ibu ayah(atau ibu ayah kurang rapat) dan masih bujang,gunakan peluang bersama adik beradik.Jika dengan adik beradik kurang rapat,tidak jadi masalah.Hubungi kaunselor bertauliah untuk anda luahkan perasaan sunyi anda itu.
8.Sertai grup rohani dan kemanusian juga dapat berikan kita rasa jiwa yang seronok dan rasa terhubung dengan orang ramai.Komuniti seperti ini selalunya ada dianjurkan di masjid setempat.Program kuliah ilmu harian dan mingguan,seminar,kelas-kelas yang dibuat selalu boleh dihadiri ramai orang awam dan ia dapat memberi ruang untuk saling kenal mengenal dengan masyarakat.Sedikit sebanyak kita rasa kita tidak keseorangan.
Selalunya komuniti rohani ada juga menganjurkan aktiviti kemanusiaan seperti mengumpul dana untuk fakir miskin dan anak yatim dan menziarahi orang sakit dan yang meninggal.Kita boleh turut bantu menjayakan misi komuniti tersebut.
Jika masjid setempat anda tidak aktif,tak mengapa.Kini ada anda boleh temui di media sosial.Banyak ‘grup’ atau ‘page’ masjid di kawasan lain yang menganjurkan program-program menarik untuk anda sertai.
Ada juga NGO atau syarikat individu yang menganjurkan program rohani dan kemanusiaan tersendiri.Ada banyak..Dalam negara dan luar negara.Pun ada boleh sertai.Yang penting pastikan grup yang anda sertai sesuai dengan diri anda dan selamat.
Secara asasnya,terlibat sedikit sebanyak dengan misi kemanusiaan akan buatkan kita memiliki matlamat hidup yang lebih besar dan bermakna.Kita akan mula sibuk dengan itu dan kurang untuk sunyi.